Tempat Kerja Aku Yang Baru

1 Comment

Dua Laptop, Satu Projek.

ruang-kerja-aku-dan-kamal-di-prodata

Bukan anip je ada bilik.

Belajar Business Intelligence

No Comments

malas la skema2 haha..

emm sekarang tengah belajar pasal business intelligence, huh dulu masa MDEC aku ambik Linux Admin bukannya Business Intelligence. Heh. Nasib la.

Aku belajar daripada technet. Ada satu kes dalam tu, dia gunakan database yang microsoft bagi dalam codeplex.

Latihan Industri Hari 22

1 Comment

Minggu 5. Hari 2.

Latihan Industri Hari 17, 18, 19, 20, 21

No Comments

Minggu 4. Hari 2,3,4,5

Minggu 5. Hari 1

Hambik kau!

Cukup Seminggu satu post. Gila. memang sibuk. Dan ketiadaan internet menyebabkan malas nak update e-log. Minggu ini dah mula projek IFRS.

StrutsGAEv1 -> StrutsGAEv2

Aku buat semula. Dari awal. Dan gembiranya hasil tetap sama.

HTTP ERROR 404

Problem accessing /. Reason:

    There is no Action mapped for namespace / and action name .

Powered by Jetty://

Latihan Industri Hari 16

No Comments

Minggu 4. Hari 1.

Tiada Perbarisan Kot

Aku kurang pasti disini ada perbarisan atau tidak. Nabila telah mula bising tentang perbarisan pegawai penjara pada pagi ini. Siap berbangga dengan lagu penjara.

Tak pe aku rasa setiap minggu aku dengar lagu Felda. Sabtu lepas di Afamosa pun dengar lagu Felda. Tapi aku tak nyanyi. Tak reti.

Eclipse dan MonoDevelop

Aku pasang dua benda itu didalam Linux aku. Eclipse untuk masuk dengan Google Apps Engine, dan MonoDevelop untuk .Net.

Gagal. Eclipse yang dipasang menggunakan Ubuntu Software Center tidak boleh diubah semudahnya kerana OEM. Perlu pasang sendiri nampaknya. MonoDevelop tiba-tiba gagal dipasang. Entah kenapa.

Latihan Industri Hari 15

No Comments

Minggu 3. Hari 5

Ramai Cuti!

Ada yang cuti hari ini kerana esok cuti umum. Tapi Prodata tak pula cuti. Oleh itu aku kerja macam biasa. Tapi pagi ini tiada kerja. Mungkin sebentar lagi aku mendalami lagi asp.net itu.

Perubahan

Aku kini ada desktop. Untuk buat kerja terus ke pelayan. Linux di kompute riba untuk peribadi dan Google, manakala desktop ini untuk kerja. Kan ok tu.

Sebelum Pergi Masjid

Sempat aku sambung konfigurasi antara pelayan dengan rangkaian pangkalan data. Sekarang. Rehat sebentar.

Latihan Industri Hari 14

1 Comment

Minggu 3. Hari 4

Minggu 3 Hampir Habis

Apa masalah pula Linux untuk buat ‘extended desktop’. Aku tak dapat nak buat dengan baik. Sebelah 1200×800 sebelah lagi 600×400 apa gila~

Oh ya! hari ini dijadualkan keluarnya Ubuntu 10.04. Pukul berapa aku kurang pasti. Mungkin tengahari, mungkin petang atau malam.

Kemaskini Data

Itu yang aku buat pagi tadi. Data sambungan daripada pelayan disetiap ladang Felda kepada pangkalan data di pusat pangkalan data di sini aku semak. Tak semudah didengari. Mudah sahaja. Haha.

Aku hanya perlu melihat data mana yang tertinggal didalam fail konfigurasi, itu sahaja. Dan menyemak adakah ip yang diberikan betul. Konfigurasi ini adalah untuk sistem RML (Rangkaian Maklumat Ladang) yang dibangunkan oleh Prodata sendiri.

Aku semak menggunakan Nano didalam Linux. Jika aku pandai telah aku gunakan vim untuk semak. Kurang masa terbuang. Rasanya seperti boleh sahaja.

Virtual Server

Penat aku membuat perkara tersebut. Letih. Petang aku sambung lagi dengan membuat hubungan proxy dengan pangkalan data. Sudah la. Penat.

Latihan Industri Hari 13

No Comments

Minggu 3. Hari 3

Perlu Lihat Sistem Sedia Ada

Ini kerja aku pagi ini. Sebenarnya telah mula semalam. Hanya 20-30% yang dapat difahami. Harapnya pagi ini dapat paling kurang 60% ヾ( ‘ – ‘*). Yang menariknya pangkalan datanya seberat 400MB b(⌒o⌒)d. Berapa banyak table dalam tu pun aku tak pasti. More

Latihan Industri Hari 12

No Comments

Minggu 3. Hari 2

Apa Mahu Buat Hari Ini?

Kenapa apabila tekan butang edit maka dengan itu validator akan berfungsi dengan tidak semana-mana? Aku pernah hadapi sebelum ini, aku buang validator tersebut dan aku buat kerja sampai habis, kemudia masukkan semula. Tetapi aku tidak tahu diantara itu apa yang telah aku ubah.

Ok dah selesai. Untuk mengelakkan validator “hidup” semasa butang edit (rujuk gambar dibawah) aku perlu menghilangkan table tersebut terlebih dahulu. Dan apabila data telah diberi kepada form didalam table daripada gridview barulah table tersebut aku munculkan semula.

masalah validatorDan masalah validator seleasi More

Latihan Industri Hari 11

2 Comments

Minggu 3. Hari 1

Hampir Sebulan

Sedar tak sedar sudah 3 minggu. Bagaimana semua? Aku harap semua masih bersemangat untuk tempuhi latihan industri di tempat masing-masing. Untuk yang telah mulakan hari ke 11 pada hari semalam, seperti contoh, berukera.. selamat berjaya. More

Older Entries