Latihan Industri Hari 6

2 Comments

Minggu 2. Hari 1

Borang LI-03

Aku dan Kamal masih tak isi lagi borang LI-03 dan LI-04 tu. Kene siapkan hari ini, dan kalau dapat carta organisasi sekali. Buku log masih tak cetak.

Carta Organisasi

Tadi berjumpa dengan En Izuan daripada bahagian Sumber Manusia Prodata Systems Sdn. Bhd. untuk bertanyakan tentang beberapa perkara berkaitan dengan Prodata Systems Sdn. Bhd.

Sedikit sejarah tentang Prodata, ditubuhkan pada tahun 1 Julai 1986 yang bertujuan untuk memberikan khidmat sokongan dan aplikasi ICT kepada Felda dan anak syarikatnya.

1991 Prodata mengembangkan sayap khidmatnya dengan memberikan khidmat kepada organisasi kerajaan, koperat dan sektor perkhidmatan.

Sehingga kini terdapat 352 pekerja di Prodata yang dipecahkan kepada empat pecahan besar;

empat bahagian pengurusan tertinggi prodata systems sdn bhd

Dan Pecahan itu membawa kepada beberapa cabang bahagian yang lain. Penyelesaian Perniagaan ini diterajui terus oleh CEO kerana bahagian ini masih tiada Pengurus Besar. Siapa mahu? Didalam Penyelesaian Perniagaan terdapat tiga bahagian;

bahagian dibawah penyelesaian perniagaan prodata systems sdn bhd 2010

Aplikasi Perniagaan pula diterajui oleh Pengurus En Md. Amin Baba dan didalam bahagian Aplikasi Perniagaan terdapat dua bahagian;

unit dibawah aplikasi perniagaan prodata systems sdn bhd 2010

Aku dan Kamal ditempatkan dibawah unit Pembangunan. Unit ini diketuai oleh En Sarnizam Saron. Jika dilihat pada hari pertama orang yang kami jumpa semasa mula-mula masuk adalah Pengurus, En Md. Amin Baba kemudia En Sarnizam Saron dan selepas itu baru pergi ke Penyelia kami iaitu En Mohd Azrul Mohd Zakaria.

Penyurihan

Penyurihan (tracing) adalah satu cara untuk membuat operasi nyahpepijat yang terdapat didalam .Net. Penyurihan dilihat lebih memudahkan kerja seseorang webadmin dalam sudut sekuriti [1].

Terdapat dua jenis cara menghidupkan penyurihan didalam .Net iaitu;

  1. Pengaktifan Aras-Halaman
  2. Pengaktifan Aras-Aplikasi

Pengaktifan Aras-Halaman

Pengaktifan aras-halaman ini dilihat lebih bersifat pantas, dinamik dan tidak menganggu proses aplikasi yang sedang berjalan. Terdapat tiga cara untuk membuat pengaktifan pada aras-halaman;

1. Blok Pelayan

<%@ Page Language=”VB” AutoEventWireup=”false” CodeFile=”Default.aspx.vb” Inherits=”_Default” Trace=”true” %>

Memasukkan kata kunci Trace=”true” didalam blok pelayan untuk menghidupkan fungsi surihan secara automatik setiap kali laman tersebut dijalankan.

2. Kod Latar Asas

Protected Sub Page_Load(ByVal sender As Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles Me.Load
Trace.IsEnabled = True
End Sub

Kod ini akan menjalankan fungsi secara automatik untuk setiap kali halaman itu dijalankan.

3. Kod Latar Dinamik

Kod ini dilihat lebih dinamik dengan memerlukan arahan daripada pengguna dan jika tidak surihan tidak akan dihidupkan.

Protected Sub Page_Load(ByVal sender As Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles Me.Load
If Request.QueryString(“trace”) = “true” Then
Trace.IsEnabled = True
End If
End Sub

Dan dengan itu pengguna boleh menhidupkan fungsi surihan secara manual dengan memberikan arahan kepada pelayar internet dengan kod ini;

http://cubaSurih.aspx?trace=true

Dan contoh surihan yang dibuat adalah seperti gambar dibawah;

surihan secara dinamik didalam dot net

Diumumkan juga bahawa kini blog ini mempunyai penulis selain aku. Jika dia punyai masa akan dia tulis sedikit tentang apa pengalamannya.

Rujukan

[1] Robert Walling, “The Basics of .NET Tracing,” ASP101.

2 Comments (+add yours?)

  1. lilot
    Apr 19, 2010 @ 09:31:43

    cantik e-log book neh.. ^_^

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    Reply

    • TMUkmkd
      Apr 20, 2010 @ 00:16:33

      simple je neh :D

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

      Reply

Leave a Reply

CommentLuv Enabled